Pemberitahuan:
Assalamualaikum w.b.t, saya cuma nak bagitau yang saya dah alih blog dari VOX ke Blogspot untuk memudahkan orang bagi komen (walaupun taktau pun ada orang akan bagi komen ke tak hehe). Blogspot lebih versatile pada saya sebab org tak payah ada account untuk leave comment.
ini address blogspot saya: http://paihshukri.blogspot.com
Entry seterusnya saya akan post ke website baru tersebut insyaAllah.
p/s: saya sgt suka vox sebenarnya. takpelah, mana2 pun sama kot kan..yang penting isi dia.
Isu penyatuan Melayu. Em, tak reti mana saya pun nak komen tentang isu ni. Iya, kita akui memang isu ni isu yang penting, dan ia juga antara isu yang hangat akhir-akhir ni. Saya tak nafikan Melayu memang harus bersatu. Cuma bilamana kita membincangkan soal penyatuan dan perpaduan, pada saya ada beberapa perkara yang kita perlu take note.
Pertama, atas dasar apa kita bersatu? Atas dasar kaum? For what? Saya tak rasa melayu yang dah lupa asal usul kesah dengan benda ni. Apa ada pada kaum? Genetik? Who cares about genetic. Nobody. Kalau dah melayu pun dah nampak tak macam melayu, apa basis untuk kita bersatu atas faktor bangsa dan keturunan. Cuba check sekeliling kita. Saya yakin kadang-kadang kita pun selalu tertukar antara Melayu dengan bukan melayu. Pakaian orang melayu kita dah mengalahkan minah salleh. Usah cakap lah pasal perkara lain. Orang kata, Melayu ni terkenal dengan adab sopan ketimurannya, tapi sopankah Melayu kita sekarang? Ingatlah, kaum boleh berubah. Bukan pada luaran, tapi pada jiwa dan semangat. Sedangkan Cina Baba Nyonya pun boleh pakai kebaya, cakap melayu fasih, begitu jugalah dengan kaum melayu. Sebab itu, saya tak berapa gemar dengan formula politik berasaskan kaum ni seperti mana yang diamalkan UMNO. Pada saya, UMNO masih boleh jadi relevan, tapi dengan beberapa pengubahsuaian yang akan kita bincangkan kemudian.
Yang keduanya, kita perlu sedar kenapa kita perlu bersatu. Iya, nampak remeh tapi tak semua yang benar-benar "sedar". Ada yang sedar bahawa melayu memang perlu dijaga sebab kita tak mahu kehilangan hak-hak istimewa kita sebagai orang melayu. Tak ada siapa yang suka merempat di bumi sendiri dan saya bersetuju dengan hal tersebut. Tapi mungkin juga ada di kalangan mereka yang sedar betapa pentingnya menjaga melayu sebab risaukan periuk nasi mereka. Tanpa kita tahu apa pentingnya kita bersatu, maka sukar untuk kita bersatu.
Untuk menjawab persoalan ini, saya sememangnya bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh PAS. Ini pilihan saya (saya menyebut parti PAS kerana adanya black-and-white tentang pendekatan PAS, dan saya tidak mahu menuduh parti lain sebagai tidak mengambil pendekatan sebegini). Saya bersetuju bahawa Melayu hanya boleh disatukan atas dasar Islam. Bersatu sebagai orang Islam. Sebagai satu ummah. Jangan bersatu atas dasar kaum melayu. Apa yang ada pada title "Melayu"? Saya sebagai orang Melayu sendiri pun tak tahu. Sebab itu kita kena bersatu atas dasar Islam. Dan melayu sendiri pun memang berkait rapat dengan Islam. Ada tertulis dalam perlembagaan lagi. Bilamana kita bersatu atas dasar Islam, kita ada perjuangan yang benar. Kita menjaga melayu, kerana kita mahu menjaga Islam. Sebab rata-rata orang Islam di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu. Sebab itu penting untuk kita jaga melayu, supaya orang melayu Islam kita dapat menjaga kesucian dan kehormatan Islam. Itu basis dan rasional menjaga melayu. Bukan atas dasar kaum, bukan atas dasar hak keistimewaan, bukan atas dasar ketuanan, tapi atas dasar Islam. Sepertimana Rasulallah s.a.w. menyatukan kabilah-kabilah Arab atas dasar Islam, dan bukannya atas dasar semangat nasionalisme Arab.
Sekarang, formulanya dah ada. Cuma menunggu pada pelaksanaan. Sebab itulah kita perlukan sokongan daripada semua pihak. Kalau betul nak menjaga melayu, PAS, UMNO dan PKR kena duduk semeja, berbincang dan bersatu. Kita semua pun sedar, undi Melayu pecah kepada tiga parti, tak seperti kaum-kaum lain. Atas dasar itulah, ketiga-tiga parti ini kena bersatu. Ketepikan dahulu perbezaan ideologi politik sebab kita semua punya misi yang sama, untuk menjaga kesucian dan kehormatan Islam. Jangan berdendam. Jangan kebudak-budakan. Dan jangan pentingkan diri. Fikirlah pada kemaslahatan ummah. Jangan disebabkan perpecahan kita, orang lain ambil kesempatan.
Bukan payah mana pun nak mematahkan sebatang lidi. Renungkanlah.
Kredit kepada Presiden PAS dan Roslan Shahir b Dato' Mohd Shahir.
Jangan terlalu taksub. Itu pesan saya. Taksub pada apa? Pada parti politik. Tak kisahlah anda mengundi kerajaan ke, mengundi pembangkang ke, janganlah terlalu taksub. Saya faham dengan belia-belia sekarang. Sebab saya pun belia, jadi saya faham apa yang mereka rasa. Tapi, ingatlah, jangan kita terlalu taksub.
Bila kita terlalu taksub, pemikiran kita akan jadi kurang rasional. Kita akan lebih cenderung untuk bersikap bias pada parti yang kita sokong.
"aku punye je betul....ko nyer salah"
"hish, takkan la parti aku ni wat cenggitu....tak mungkin tak
mungkin..."
"kalau parti tu, mesti amik duit rakyat nye lah"
"pemimpin parti aku cakap A, ko jangan ngengade cakap B plak"
"aku takkan silap punye..........."
Hm. Jangan jadi macam ni.
Contohilah seperti Saidina Ali k.w. bila ditanya oleh seorang sahabat ketika konflik antara Ali dan Muawiyah, tentang siapakah yang harus dia sokong, Ali ataupun Muawiyah. Saidina Ali adalah sahabat, sepupu dan juga menantu Rasulallah s.a.w, dan Muawiyah juga adalah sahabat Rasulallah s.a.w. maka dia berbelah bahagi tentang siapakah yang harus disokong. Kata Saidina Ali, kenalilah kebenaran itu terlebih dahulu, maka kamu akan tahu siapa yang benar.
Wallahua’lam.
Sebab tulah kita
tak boleh terlalu taksub pada seseorang atau sesuatu. Kebenaran harus
disandarkan kepada Quran dan Sunnah, dah bukannya kepada si fulan bin si fulan
ataupun parti A atau B.
Hanya Satu sahaja
yang layak kita taksub tanpa batasan. Tanpa perlu dikurangkan walau sedikit
pun. Tiada yang lain melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Taksublah kepada
Allah Yang Maha Esa.
Em, apa agaknya? Entahlah, macam sama je dengan sebelum ni. Aduhai. Tak tahu lah saya nak bagi komen. Apa yang pasti, Kelantan sudah tidak sepopular dulu. Iyelah, kalau sebelum ni, setiap hari kalau tak ada cerita pasal Kelantan dalam media memang tak sah, iye dak? Sekarang ni, muka budak2 Akademi Fantasia je lah kot yang famous <laugh>.
Okay, saya pasti semua orang pun dah tahu keputusan pilihan raya di Kelantan. Alhamdulillah, segalanya masih seperti dulu ;) Saya tak ingin komen banyak tentang asbab dan musabab kenapa BN boleh kalah teruk haritu di Kelantan. Mungkin ramai yang dah tahu, memang anak-anak muda yang banyak mengundi PAS tempoh hari di Kelantan. Bagi saluran-saluran yang lain, peratusan pengundi BN dan PAS tak banyak beza. Itu yang saya dimaklumkan lah. Wallahu'alam.
Ada yang kata ini undi protes. Rakyat bukan tak sayangkan BN, tapi cuma nak "cubit" sikit je bagi sedar. Sebab itu mereka protes dengan mengunti parti selain BN. Boleh jadi juga.
Ada juga yang kata sememangnya rakyat bencikan BN, sebab itulah mereka mengundi parti selain BN. Boleh jadi juga.
Ada jugak yang kata, ini semua gara-gara undi anak muda yang emosi dengan kerajaan pusat sekarang. Kerana itu mereka mengundi Pakatan Rakyat. Boleh jadi juga.
Ada yang kata memang rakyat sukakan PAS, dengan kepimpinan ulama'nya, dan mereka menyuarakannya dengan terus mengundi PAS. Boleh jadi juga.
Apa juga sebab sekalipun, keputusan PRU-12 dah lama kita tahu. PAS di Kelantan semakin mendominasi. Dan BN pula semakin tersepit. Kalau ditengok pada ratio kerajaan dan pembangkang semasa perbahasan DUN Kelantan, pun dah banyak sangat beza, tak seperti sebelum ni. Tapi mujurlah, wakil-wakil BN tetap ada. Pada saya, perlu juga ada pembangkang dalam sesebuah kerajaan. Supaya nanti ada check and balance. PAS memperjuangkan Islam, tetapi kita harus ingat yang wakil-wakil rakyat PAS ini juga manusia. Islam pasti dan pasti sempurna dan indah. Tetapi, wakil rakyat PAS tidak sempurna. Mereka punyai potensi untuk melakukan kesilapan, seperti mana juga orang lain. Sebab itulah, pembangkang perlu ada untuk menegur.
Alhamdulillah, kali ini saya amat suka dengan ketua pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Amat. Pada saya, beliau nampak lebih berketerampilan dan rasional berbanding KP yang sebelumnya. Harap-harap, mereka semua melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan. InsyaAllah.
Oh yea, baru-baru ini saya berkesempatan bersolat jumaat di Masjid Pauh Sembilan, tak jauh dari Beris Kubur Besar. Selalunya, saya dan abah hanya bersolat jumaat di Masjid Kubang Kerian, sebab itu masjid yang terdekat dengan rumah kami.
Khutbah jumaat pada hari tu pada saya sangat menarik. Mungkin sebab kebetulan dengan Hari Pekerja, jadi khutbahnya berkisar tentang pekerja, amanah kerja dan lain-lain yang berkaitan. Saya tak pasti dengan khutbah di tempat lain. Mungkin intipati nya sama, mungkin juga lain. Tapi disebabkan faktor jenis pekerjaan penduduk di sini mungkin banyak berbeza daripada bandar, maka pendekatan dan cara penyampaiannya juga berbeza.
"Tuan-tuan jange ingat Hari Pekerja ni untuk oghe hok bekerja kerajaan jah...hok kejo swasta jah..kito hok duk nane sawoh atau pegho kambing ni pun bekerjo jugak...maka kita jugok adalah sebahagian daripada pekerja"
(Tuan-tuan jangan ingat Hari Pekerja ni utk orang yang bekerja kerajaan je..atau kerja swasta je...kita yang menanam di sawah atau bela kambing ni pun bekerja jugak..maka kita juga adalah sebahagian daripada pekerja)
Inilah antara perkara yang disampaikan dahulu oleh tuan khatib. Iya, mungkin bagi kita perkara ini remeh. Tapi saya tak rasa perkara ini tak penting. Ianya sangat penting untuk membetulkan persepsi orang kampung mengenai siapa golongan yang dinamakan "pekerja" ni. Sebabnya, bak kata tuan khatib haritu, Hari Pekerja ini adalah hari untuk menghargai usaha dan penat lelah pekerja selama ini. Maka penting untuk orang kampung semua ni, yang bekerja sebagai petani, pesawah, dan sebagainya untuk juga rasa dihargai. Untuk rasa bahawa diri mereka jugak memainkan peranan yang penting dalam negara.
Kalau tak ada pesawah, masakan ada orang yang nak menanam padi.
Kalau tak ada petani, siapa yang nak menanam sayur.
Nak harapkan golongan profesional? Saya tak rasa begitu.
Kerana itu, setiap pekerjaan adalah penting dan diperlukan selagi mana ianya kerja yang halal dan tidak bercanggah dengan Syariah. Kita bekerja sebagai satu entiti yang sama, yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Khatib menyambung,
"kalu kito tok kijo jugak pun, ingatlah bahawa setiap satu daripado kito adalah pekerja kepada Allah"
(kalau kita tak bekerja sekalipun, ingatlah bahawa setiap satu daripada kita adalah pekerja kepada Allah)
Inilah intipati yang paling penting dalam khutbah pada haritu. Biar apapun pekerjaan kita, baik sebagai seorang jurutera, ataupun seorang manager, seorang cikgu ataupun hanya pengutip sampah, ingatlah bahawa kita semua adalah pekerja kepada Allah. Dan Allah bukan setakat majikan kita, kerana Allah adalah satu-satunya Tuhan kita, Pencipta kita dan juga Pemilik kita. Maka sebagai seorang pekerja kepada Allah, maka wajiblah ke atas diri kita untuk menjalankan segala yang diperintahkan Allah dengan sebaik mungkin. Menjalankan segala amanah yang Allah berikan kepada kita, sebagai khalifah di bumi Allah. Kita wajib untuk merasa takut pada Allah, dan menghambakan diri pada-Nya, kerana hanya Allah lah yang berhak ke atas kita.
Ingatlah, tiada gaji atau bonus yang lebih baik daripada keredhaan Allah. Apalah sangat wang dan harta dunia, jika dibandingkan dengan syurga Allah. Renung-renungkan lah.
Aduhai...sedih betul... patutlah tak jumpa mana kamera, rupanya tertinggal di KL. Saya sebenarnya lebih prefer banyakkan gambar berbanding tulisan..sebab pada saya mungkin tak ramai yang suka membaca, tapi suka tengok gambar. Besides, a picture tells a thousand words.
Tapi, seperti yang saya katakan tadi, kamera tertinggal di KL.
p/s: Pesan kat kawan lah suruh tolong ambikkan hehe. (mungkin Jamil sedang membaca post ini dan berasa simpati dengan saya)
Mencintai dan dicintai.
Soalan: Adakah kita mencintai kerana dicintai ataupun kita dicintai kerana mencintai?
(Penulis: Er......)
Pada saya, untuk dicintai, kita harus mencintai terlebih dahulu. Dengan kata lain, untuk dicintai atau disukai, kita harus mengambil inisiatif terlebih dahulu untuk mencintai dan juga menyukai sesuatu.
Tiada orang yang tak suka dicintai. Kerana perasaan dicintai dan disayangi itu sangat indah. Sangat bahagia. Anak mana yang tak gembira bila dicintai orang tuanya. Suami mana yang tak suka dicintai isterinya. Ayah mana yang tidak mahu dicintai anak-anaknya. Semuanya sama, mahu dicintai dan mahu disayangi.
Persoalannya, adakah kita mencintai terlebih dahulu. Adakah si anak itu mencintai orang tuanya? Adakah si suami mencintai isterinya? Dan adakah si ayah mencintai anaknya?
Usah ditagih cinta sekiranya kita tidak mahu mencintai.
Sedangkan pokok pun harus dibelai, dimanjakan dengan menyiram, membaja dan sebagainya, sebelum "cinta" itu dibalas kembali dengan buah dan hasil, inikan pula manusia, yang punya hati dan perasaan.
Yang paling penting, cintailah Yang Maha Esa, Allah s.w.t. sebelum mengharap cinta daripada-Nya. Pasti, tiada cinta yang lebih agung daripada cinta kepada-Nya =]
Renungan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.
Hidup ini Indah.
Setuju?
Em, hidup ini indah pada mereka yang kenal apa itu erti keindahan.
Keindahan yang bukan sahaja dinilai dengan mata, sebaliknya dipandu dengan iman dan taqwa di hati.
Hidup akan jadi tersangat indah.
Kadang-kadang kita selalu rasa hidup kita sangat malang. Mungkin sebab terlalu banyak dugaan dan cubaan. Ataupun mungkin juga sebab kita tak puas dengan apa yang kita dah ada. Selalu terdetik kat hati "Indahnya kalau hidup aku macam si fulan bin si fulan". Mungkin bukan niat di hati untuk tidak redha pada ketentuan Allah s.w.t. tetapi atas kelemahan kita sebagai manusia, sering kali kita termakan bisikan syaitan.
Tapi,
Pernah tak kita membandingkan hidup kita dengan mereka yang lebih malang? Kita mungkin tak kaya, tapi sekurang-kurangnya beras di rumah tak pernah habis. Lauk masih terhidang kat meja setiap kali waktu makan, walaupun hanya ikan goreng. Macam mana dengan mereka yang tak ada makanan pun untuk alas perut. Bukankah mereka lebih malang?
Kita mungkin tak cantik. Tapi, sekurang-kurangnya kita masih sempurna. Cukup sifat dan anggota. Kita jauh lebih beruntung berbanding mereka yang cacat.
Sebab itulah kita kena banyakkan bersyukur. Syukur dengan segala nikmat yang dikurnia Allah s.w.t. Bilamana kita bersyukur, Hidup Pasti akan jadi Lebih Indah =]
Percayalah.
Lamanya......ermm memang lama pun....ini kali kedua saya menghilangkan diri Apapun, insyaAllah saya akan cuba update balik blog ni. Exam dah habis. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, berkat doa ma abah dan insan-insan yang menyayangi saya =]
Oh yea, mungkin ada yang perasan (ataupun takde orang perasan pun sebenarnya) yang blog ni dah ditukar nama. Bukanlah tukar mana pun, cuma dimodified sikit je. Daripada Anugerah Sebuah Kehidupan ditukar keapda Erti Sebuah Kehidupan.
Kenapa tukar?
Entahlah. Mungkin saya rasa nama Erti Sebuah Kehidupan lebih ngam dengan tagline di bawahnya =]
Oklah
Terlanjur saya menceritakan betapa saya amat menyenangi pimpinan kerajaan ulamak di Kelantan, mungkin ada yang terfikir - bakpo sayo syg benar ko negeri kelate nih?
1. Tiada lagi kedai judi. Bermula 23 oktober 1990, penghapusan lesen judi kepada 17 buah kedai SPORT TOTO dan 2 buah kedai Empat Nombor Ekor di Kota Bharu telah dilaksanakan.
2. Menutup aurat dan berpakaian sopan. Arahan berpakaian menutup aurat bagi semua pekerja wanita Islam dan berpakaian sopan bagi bukan Islam di semua premis perniagaan telah diperkenalkan pada tahun 1991.
3. Tiada iklan tidak menutup aurat. Larangan menggunakan gambar model wanita yang tidak menutup aurat telah disyaratkan bagi semua papan iklan termasuk billboard, sepanduk, banting dan poster.
4. Kuliah Jumaat oleh MB sendiri. Jalan Dato' Pati di Kota Bharu ditutup pada setiap pagi Jumaat bagi memberi laluan kepada ceramah agama mingguan oleh MB. Saya tak kata MB lain tak buat macam ni. Cuma saya kata MB Kelantan sekarang memang buat. Dan bagi saya, bukan senang nak ada peluang macam ni.
5. Menghormati waktu solat. Arahan memberhentikan perniagaan pada waktu solat Jumaat di pasaraya dan 15 minit sebelum Maghrib kepada setiap pasar malam dilaksanakan. Saya pernah ingin membeli makanan di pasar malam Kubang Kerian masa dekat waktu Maghrib tapi dijawab "takleh jual doh dik, lepas maghrib baru sambung".
6. Penggunaan tulisan jawi. Di Kelantan, tulisan jawi ditulis pada setiap tanda nama jalan, bangunan dan semua bentuk iklan. Mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak, tapi apa-apapun, saya tetap suka. Bila lagi nak martabatkan tulisan jawi betul tak. Kalau nak jumpa TESCO dengan tulisan jawi, datanglah ke Kelantan ;]
Inilah antara serba sedikit yang mampu saya tulis. Banyak lagi kalau nak ditulis kesemuanya.
Nak pindah juga lah. read more
on VOX ke Blogspot