32 posts from December 2007
- January
- February
- March
- April
- May
- June
- July
- August
- September
- October
- November
- December
Nampaknya cuti raya saya dah nak habis. Esok kelas dah mula dah, jadi petang ni insyaAllah saya akan bertolak balik. Mungkin masa untuk menulis blog pun dah kurang. Tapi, insyaAllah saya akan update bila berkesempatan. Alhamdulillah, di kelas boleh guna wireless, jadi mungkin bila bosan atau tensen belajar, saya boleh conteng sikit-sikit dalam blog ni. Doakan saya berjaya dalam pelajaran dan bidang saya.
p/s: Lusa dah cuti balik. Hadui.
Ukhuwah yang sebenar adalah ukhuwah yang dibina atas dasar Islam. Yakni, semangat persaudaraan yang dibina atas dasar keimanan kepada Allah Yang Maha Esa, Tuhan sekalian alam. Itulah ukhuwah yang sejati! Firman Allah dalam surah Al-Hujurat Ayat 10:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat"
Dan juga hadith Rasulallah s.a.w. :
"Dan dua orang laki-laki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya"
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Teringat kata-kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kaset ceramah beliau, bahawa Islam adalah titik pertemuan bangsa dan kaum. Islam lah yang menyatukan kita semua. Kerana Islam itu diciptakan untuk semua, untuk sekalian makhluk, sekalian alam. Bilamana kita memperjuangkan ukhuwah dan perpaduan atas dasar kaum, maka banyak masalah yang akan timbul. Kalau kita kata "Hidup Melayu", nanti orang Cina marah. Kalau kata "Hidup Cina", mungkin orang Melayu pulak yang marah. Tapi, kalau dilaungkan "Hidup Islam", maka nescaya orang Melayu-Muslim pun gembira, orang Cina-Muslim pun gembira, dan orang India-Muslim pun gembira.
Maka, mana mungkin kita mampu menyatukan setiap kaum-kaum ini melainkan melalui saluran Islam. Inilah saluran yang sebenar. Kita mulia kerana Islam itu Maha Mulia. Islam lah yang menaikkan martabat sesuatu kaum atau bangsa dan bukannya sebaliknya.
Ambil contoh sebagaimana ukhuwah Rasulallah s.a.w. dan para Sahabat. Subhanallah. Teramat indah. Terasa betapa hinanya diri kita kalau nak dibandingkan dengan mereka. Saya tahu kita tidak akan mampu mencapai ke tahap itu. Jika nak dibandingkan iman kita dan iman para sahabat, ibaratnya macam langit dan bumi. Teramat jauh. Kalau dengan Sahabat pun dah sebegitu jauh, apatah lagi jika dibandingkan iman kita dengan Rasulallah s.a.w. Tak dapat saya bayangkan. Tapi saya yakin, tak salah untuk kita menuju ke arah itu. Jadikan Rasulallah s.a.w dan para Sahabat sebagai role-model. Itu sebaik-baik contoh ikutan. Allah tidak melihat kepada hasil, samada kita berjaya mencapainya atau tidak, sebaliknya Allah melihat kepada usaha dan ikhtiar kita.
Kepada diri saya dan teman-teman, kita ambil iktibar bersama. Saya bukanlah orang yang terbaik untuk menyampaikan semua ini, cuma sekadar berkongsi untuk kebaikan kita bersama. InsyaAllah, niatkan kerana Allah, mudahan diberkati.
Sejuk hati bila tengok gelagat ma dan abah. Sentiasa romantik walaupun sudah 25 tahun berkahwin. Berjalan sentiasa berdua. Pegang tangan pulak tu. Pantang kalau keluar kemana-mana tak berdua. Sedangkan nak pergi buang sampah (di Kelantan, sampah-sampah dibuang sendiri di tong sampah besar-hijau yang disediakan) pun abah ajak ma ikut, inikan pula ke tempat-tempat lain. Tak boleh berenggang walau sesaat! Hehe. Apa2pun, baguslah begitu. Anak-anak pun gembira tengok. "Ma dan abah jangan risau, kami tak kacau ye!"
Alhamdulillah. Moga Allah berkati jodoh mereka hingga ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati anak-anak melainkan melihat mak dan ayah mereka bahagia.
"Cinta tak pernah kenal usia"
Saya ada terbaca satu artikel yang menarik dalam Wasilah, tentang betapa lesunya khutbah Jumaat kita di Malaysia akhir-akhir ini. Entahlah di mana silapnya, khutbah Jumaat sekarang dah tak macam dulu. Lesu dan kadang-kadang, topik yang dibincangkan juga kurang relevan. Bila khutbah lesu, yang jadi masalahnya ialah pada mereka yang macam saya ni. Selalu tertidur semasa khutbah.
Teringat masa kat sekolah dulu, Ustaz Wan Akashah lah yang selalu bagi khutbah. Saya suka sangat bila ustaz yang bagi khutbah. Sebab ustaz tak suka ikut skrip yang dibekalkan. Dia cuma ambil intipati khutbah, dan huraikan sendiri dalam ayat yang lebih santai dan menarik.
Antara trademark ustaz,
"kepada cikgu-cikgi, muda-mudi, remaja-remaji......."
Kami jemaah yang tengah dengar ni pun kadang-kadang nak tergelak. Tapi, rasa serba-salah la jugak nak gelak sebab tengah khutbah Jumaat. Apa2pun, yang penting mata kami celik, dan yang lebih penting, minda kami masih sedar untuk digest apa-apa yang patut. Pokok pangkalnya, presentation khutbah juga penting. Suara perlulah lantang dan bersemangat. Dan intipati biarlah kena. Berbincang tentang isu semasa tak salah, tapi biarlah isu itu isu yang besar dan bermanfaat, yang sememangnya perlu disampaikan demi kemaslahatan umat Islam bersama. Ini barulah khutbah Jumaat yang sebenar!
p/s: Saya pernah juga tertidur masa khutbah ustaz. Saya rasa ini memang salah saya, bukan salah khutbah!
p/s: Selaku orang yang selalu tertidur semasa khutbah, saya bukanlah orang yang layak untuk menegur tentang kelesuan khutbah. Cuma sekadar berkongsi untuk renungan dan iktibar bersama. Wallahu'alam.
A couple of days ago, I bought a tabloid named Wasilah in one of the bookstores at HUSM, Kubang Kerian. Honestly it's quite a political tabloid (which is why I bought it in the 1st place), and it claimed to be "free" from either side. Well, it's not like I care much about that. Better to read from all sorts of sources, before I jumped into any conclusion. At least, I can avoid making any premature assumption regarding any issues of my interests.
Anyway, that is not the issue. What really matters me is that I'm starting to take this new "habit" of mine (ie buying and reading any kind of reading materials associated with politic), as my new hobby! Oh my God, is this really okay? I even day-dreaming of being a politician one day in the future. Oh oh. That is totally not me.
Better search for a new hobby A.S.A.P.
p/s: It's fun reading the tabloid anyway. Unless I got all the answers I want, I will keep on reading them.
"kawe loni tok supo mulo...tok berani kawe nok kato....." (lagu dikir barat yang diubah suai)
Rindu jugak sebenarnya bila ingatkan zaman dulu-dulu. Masa saya masih belajar di Smap Kajang. Punyalah kitorang semangat sangat main games masa tu. Saya, Bad, Hadi, Sheikh dan kawan-kawan yang lain tak pernah tak pergi CC (cyber cafe) setiap kali outing. Orang lain outing untuk beli barang-barang keperluan, sambil-sambil pergi CC kalau sempat. Kitorang pulak outing untuk pergi CC, dan kalau sempat, baru beli barang-barang keperluan. Hadui, memang parah kitorang ni.
CC yang kitorang selalu pergi masa tu ialah Kajang Net. Berhadapan dengan Mc Donald di bandar Kajang. Tak tahu lah CC ni ada lagi ke tak sekarang. Dengar cerita dah tak ada dah. Wallahu'alam. Kitorang selalu main Counter Strike(CS), game FPS (first person shooter) yang memang kitorang minat. Memang game tu pun tengah hot masa tu. Seronok bila ingat balik main dengan kawan-kawan. Siapa yang kena "head shot" masa tu, memang akan dimalukan lah untuk beberapa hari sebab kitorang akan ungkit balik hehe.
Apa2pun, itu cerita dulu. Sekarang, nak main sama-sama memang tak sempat. Banyak sangat kekangan. Kami dah duduk jauh-jauh sekarang, dan masa pun dah tak banyak macam masa kitorang sekolah menengah dulu. Bad dah tercampak ke UIA Kuantan, Hadi tengah mencari cinta pertamanya (ops), Sheikh masih di UIA Gombak dan saya, masih di USIM seperti selalu untuk lebih kurang 3 tahun setengah lagi.
Andaikata ada peluang, saya tak teragak-agak untuk main CS balik dengan kawan-kawan. Tak sabar nak tembak korang semua (dan ditembak). InsyaAllah, bila ada peluang, kita main lagi!!
In memories of :
Clan [screw]:
Faiz a.k.a [screw]nyco_jezzebelle
Bad a.k.a [screw]psyco_jezzebelle
Hadi a.k.a [screw]
Sheikh a.k.a [screw]tyco_jezzebelle