Terlanjur saya menceritakan betapa saya amat menyenangi pimpinan kerajaan ulamak di Kelantan, mungkin ada yang terfikir - bakpo sayo syg benar ko negeri kelate nih?
1. Tiada lagi kedai judi. Bermula 23 oktober 1990, penghapusan lesen judi kepada 17 buah kedai SPORT TOTO dan 2 buah kedai Empat Nombor Ekor di Kota Bharu telah dilaksanakan.
2. Menutup aurat dan berpakaian sopan. Arahan berpakaian menutup aurat bagi semua pekerja wanita Islam dan berpakaian sopan bagi bukan Islam di semua premis perniagaan telah diperkenalkan pada tahun 1991.
3. Tiada iklan tidak menutup aurat. Larangan menggunakan gambar model wanita yang tidak menutup aurat telah disyaratkan bagi semua papan iklan termasuk billboard, sepanduk, banting dan poster.
4. Kuliah Jumaat oleh MB sendiri. Jalan Dato' Pati di Kota Bharu ditutup pada setiap pagi Jumaat bagi memberi laluan kepada ceramah agama mingguan oleh MB. Saya tak kata MB lain tak buat macam ni. Cuma saya kata MB Kelantan sekarang memang buat. Dan bagi saya, bukan senang nak ada peluang macam ni.
5. Menghormati waktu solat. Arahan memberhentikan perniagaan pada waktu solat Jumaat di pasaraya dan 15 minit sebelum Maghrib kepada setiap pasar malam dilaksanakan. Saya pernah ingin membeli makanan di pasar malam Kubang Kerian masa dekat waktu Maghrib tapi dijawab "takleh jual doh dik, lepas maghrib baru sambung".
6. Penggunaan tulisan jawi. Di Kelantan, tulisan jawi ditulis pada setiap tanda nama jalan, bangunan dan semua bentuk iklan. Mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak, tapi apa-apapun, saya tetap suka. Bila lagi nak martabatkan tulisan jawi betul tak. Kalau nak jumpa TESCO dengan tulisan jawi, datanglah ke Kelantan ;]
Inilah antara serba sedikit yang mampu saya tulis. Banyak lagi kalau nak ditulis kesemuanya.
Bahang pilihan raya dah makin terasa. Sebagai seorang rakyat Kelantan, saya tak nafikan yang saya memang berminat dengan segala bentuk perkara yang melibatkan politik di Kelantan. Jujurnya, saya akui saya sememangnya selesa dengan kerajaan Kelantan yang ada sekarang. Entahlah, mungkin ini personal preference saya. Saya cuma menyokong apa yang saya rasakan betul.
Saya tak nafikan, lain orang, lainlah ragam dan caranya. Pada saya, saya cuma mengambil pendekatan yang termampu, sebagai seorang hamba Allah, dan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Apa yang termampu saya lakukan, hanyalah melihat pada luaran. Pada perkara-perkara zahir semata-mata. Soal keikhlasan, soal niat, itu semua di luar kemampuan kita untuk menilai kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Berbekalkan hati, akal, mata, telinga dan segala deria yang ada, aset-aset inilah yang harus kita gunakan dalam melakukan penilaian. Pilihlah parti dan pemimpin yang anda rasakan benar-benar layak. Undi itu adalah amanah. Sebab itulah kita kena mengundi dengan sebaik yang mungkin. Kalau ada yang masih ragu-ragu, buatlah solat isthiqarah setiap malam sebelum 8 Mac. Doakan semoga Allah tunjukkan yang mana pilihan yang lebih baik. Kita ini makhluk, semestinya kita tak tahu. Kadang-kadang, apa yang kita rasa kita tahu itu pun tak semestinya betul. Tapi yakinlah, bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.
Undilah dengan bijak!
Malangnya, saya tak boleh mengundi. Em.........
Em. Memang sungguh lama. Lama sangat dah rasanya tak update blog ni. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya sejak akhir-akhir ni. Exam? Mungkin juga. Lebih kurang dua minggu lagi sebelum exam final tahun 3 saya. Saya tak nafikan exam antara satu faktornya.Tapi, ada lagi perkara yang lebih besar dan berat yang berlaku. Tak apalah :) Biarlah hanya Allah yang tahu rahsia itu :)
Untuk setakat ini, saya cuba setakat yang termampu untuk update, insyaAllah :)