Posts (page 2)
Bahang pilihan raya dah makin terasa. Sebagai seorang rakyat Kelantan, saya tak nafikan yang saya memang berminat dengan segala bentuk perkara yang melibatkan politik di Kelantan. Jujurnya, saya akui saya sememangnya selesa dengan kerajaan Kelantan yang ada sekarang. Entahlah, mungkin ini personal preference saya. Saya cuma menyokong apa yang saya rasakan betul.
Saya tak nafikan, lain orang, lainlah ragam dan caranya. Pada saya, saya cuma mengambil pendekatan yang termampu, sebagai seorang hamba Allah, dan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Apa yang termampu saya lakukan, hanyalah melihat pada luaran. Pada perkara-perkara zahir semata-mata. Soal keikhlasan, soal niat, itu semua di luar kemampuan kita untuk menilai kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Berbekalkan hati, akal, mata, telinga dan segala deria yang ada, aset-aset inilah yang harus kita gunakan dalam melakukan penilaian. Pilihlah parti dan pemimpin yang anda rasakan benar-benar layak. Undi itu adalah amanah. Sebab itulah kita kena mengundi dengan sebaik yang mungkin. Kalau ada yang masih ragu-ragu, buatlah solat isthiqarah setiap malam sebelum 8 Mac. Doakan semoga Allah tunjukkan yang mana pilihan yang lebih baik. Kita ini makhluk, semestinya kita tak tahu. Kadang-kadang, apa yang kita rasa kita tahu itu pun tak semestinya betul. Tapi yakinlah, bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.
Undilah dengan bijak!
Malangnya, saya tak boleh mengundi. Em.........
Em. Memang sungguh lama. Lama sangat dah rasanya tak update blog ni. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya sejak akhir-akhir ni. Exam? Mungkin juga. Lebih kurang dua minggu lagi sebelum exam final tahun 3 saya. Saya tak nafikan exam antara satu faktornya.Tapi, ada lagi perkara yang lebih besar dan berat yang berlaku. Tak apalah :) Biarlah hanya Allah yang tahu rahsia itu :)
Untuk setakat ini, saya cuba setakat yang termampu untuk update, insyaAllah :)
Tapi, umur memang akan sentiasa bertambah. Nak tak nak pun, saya akan jadi besar jugak. Daripada kanak-kanak ribena, saya akan jadi remaja, dan seterusnya dewasa. Bila dah dewasa, saya akan jadi tua. Itupun kalau Allah benarkan saya hidup sampai ke tua. Kalau mati awal, itu pun kehendak Allah :)
Walau apapun, saya bersyukur sebab saya diberi peluang oleh Allah untuk membesar. Membesar dan mengenal dunia ini pun satu rahmat daripada Allah. Sebab dunia ini tak sama pada perspektif seorang kanak-kanak jika dibandingkan dengan seorang dewasa. Dan yang paling penting, dapat mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Ini pun satu rahmat. Tiada apa yang lebih indah berbanding mendapat keredhaan Allah. Kita perlu bersyukur sebab kita hidup dalam nikmat iman dan islam yang merupakan dua nikmat yang paling besar yang Allah anugerahkan kepada kita. Tugas kita, adalah untuk menjaga kedua-dua nikmat tersebut sebaik mungkin.
Tiada gunanya hidup seribu tahun andaikata hidup tanpa beriman kepada Allah.
Em, lamanya tak update blog ni. Tak tahu lah kenapa. Nak kata sibuk sangat study pun tak sangat. Iye, memang exam dah makin dekat. Sebulan lebih je lagi sebelum 2nd professional exam saya. Tapi takkan nak post satu dua entry pun tak boleh. Em, pelik ni. Ada pre-examination syndrome ke saya ni. Mungkin jugak la kot. Bila nak menulis je rasa risau sebab study pun banyak lagi yang tak cover (tapi sempat main game jugak ek hehe).
Mungkin sebelum exam ni saya akan kurang sikit menulis (dan cuba kurangkan main game jugak). InsyaAllah, bila berkesempatan nanti saya akan cuba publish sebanyak yang mungkin.
Study, study!
Yang selalu panggil saya dengan nama ni: Abah, ma, nenek, tok
Asal-usul nama: Panggilan pendek kepada Fa-Iz. Sebut Iz saje lebih senang, jimat, cepat dan mesra.
Penggunaan dalam ayat:
Betul: Iz sedang membaca buku.
Salah: Izzzzzzzzzzzzzz................ (tertidur)
Abe
Pemanggil: Abah, ma, anun, dan adik beradik (termasuk kakak-kakak).
Asal-usul: Abe merujuk kepada abang dalam bahasa kelantan.
Penggunaan:
Betul: Abe adalah seorang abang yang kacak.
Salah: Shinzo Abe adalah perdana menteri Jepun.
Benben
Pemanggil: Kaklong dan kakak
Asal-usul: Taktau dari mana. Kena tanya kaklong.
Penggunaan:
Betul: "Benben, jom tengok wayang" kata Kaklong.
Salah: If we have two Big Ben, what do we call it then? Answer - Big Benben.
Ruben
Pemanggil: Adik-beradik
Asal-usul: Versi lain kepada benben. Dalam family saya, ada satu trend untuk panggil nama adik-beradik dengan tambahan suku kata Ru- kat depan dengan tujuan untuk suka-suka eg Rulom, Rukak, Ruya etc.
Penggunaan:
Betul: "Hish Ruben ni, sokmo bangun lewat" rungut kakak.
Salah: Ruben is a name of a rock band.
Pecok
Pemanggil: Kawan-kawan
Asal-usul: Nama saya semenjak di Smap Kajang dulu. Masa tu, satu kelas saya ada tiga orang nama Faiz. Jadi, untuk memudahkan nama kami dipanggil dan mengelakkan kekeliruan, nama kami dicantum dengan nama ayah. Disebabkan abah nama shukri, jadi Faiz tambah Shukri jadi la FaiShuk >> PaiShuk >> Pecok.
Penggunaan:
Betul: Pecok memang pemalu orangnya.
Salah: Mulutnya sungguh Becok.
Abe Iz
Pemanggil: Sepupu-sepupu yang lebih muda.
Asal-usul: Hanya tambahkan Abe pada nama Iz (hok aloh).
Penggunaan:
Betul: Abe iz tinggal di Pandan Indah.
Salah: Abe iz?
Paih
Pemanggil: Kawan-kawan di Kelantan.
Asal-usul: Paih adalah Faiz yang dikelantankan.
Penggunaan:
Betul: Paih ni.......krenak sungguh! (dalam dialek kelantan)
Salah: Paih ni, begitu nakal sekali perangai awak! (dalam dialek KL)
Faiz
Pemanggil: Cikgu-cikgu dan kawan-kawan baru
Asal-usul: Nama betul dalam kad pengenalan
Penggunaan:
Betul: Faiz, apa no. matrik awak?
Salah: Awak Faiz-atul Anum ke? (nama kawan perempuan saya dalam kelas)
Faizal
Pemanggil: Orang yang tersilap panggil nama saya
Asal-usul: Er.......
Penggunaan:
Betul: Awak bukan Faizal kan?
Salah: Awak Faizal kan? Baik awak mengaku!
Ya Allah, letih betul rasanya hujung minggu lepas. Dua hari suntuk saya berada di Jusco Seremban 2, untuk pertandingan bowling SUFA (Sukan Fakulti) USIM. Okay, sebelum apa-apa salah faham, saya nak bagitau yang saya tak pandai main bowling :D cuma sekadar nak cukupkan orang je sebab tak ada orang nak wakil fakulti.
Apa-apapun, saya seronok. Alhamdulillah, dapat main dengan kawan-kawan (kalah menang taknak fikir haha), dan dapat kenal kawan-kawan baru dari fakulti lain. Memang saya akui, kitorang di Fakulti Medic ngan Pergigian memang agak terpinggir sebab fakulti kitorang di Pandan Indah, jauh dari Main Campus kat Nilai. Time-time macam ni je la nak jumpa pun.
InsyaAllah kalau ada peluang menulis, saya akan tulis laporan pasal pertandingan haritu dan publish dalam blog. Entahlah kenapa sibuk pulak akhir-akhir ni. Mungkin sebab exam final dah dekat, dan study pun banyak lagi tak cover. Doakan kejayaan saya.
Ini lukisan yang adik Syiham lukiskan untuk saya. Aduhai
adik ni, kenapalah hensem sangat abe kat dalam tu? Cubaan membodek ke? Hehe.
Entahlah, yang pasti, kulit saya tak secerah tu. Ni mesti sebab adik malas nak
warnakan la ni :) Apa-apapun, saya akui, saya seronok sangat masa dapat lukisan
ni.
Saya tahu adik memang suka melukis. Tapi, selama ni pun dia asyik lukis gambar Sponge bob ataupun Patrick starfish je. Haritu, masa saya balik ke Kelantan untuk raya haji, saya ada terjumpa buku adik. Buku latihan budak-budak sekolah rendah yang warna coklat tu. Kat depan tulis “Science”. Bila buka, rupanya dah jadi buku komik dah. Banyak episod pulak tu yang adik lukis. Hadui, parah dah adik ni. Tak sangka pulak sekarang, lukisan saya pun ada.Mungkin saya dah jadi watak kegemaran adik seperti mana Spongebob, Patrick dan jugak Sin chan :)
Oh yea dik, mana hidung abe?