3 posts tagged “politik”
Isu penyatuan Melayu. Em, tak reti mana saya pun nak komen tentang isu ni. Iya, kita akui memang isu ni isu yang penting, dan ia juga antara isu yang hangat akhir-akhir ni. Saya tak nafikan Melayu memang harus bersatu. Cuma bilamana kita membincangkan soal penyatuan dan perpaduan, pada saya ada beberapa perkara yang kita perlu take note.
Pertama, atas dasar apa kita bersatu? Atas dasar kaum? For what? Saya tak rasa melayu yang dah lupa asal usul kesah dengan benda ni. Apa ada pada kaum? Genetik? Who cares about genetic. Nobody. Kalau dah melayu pun dah nampak tak macam melayu, apa basis untuk kita bersatu atas faktor bangsa dan keturunan. Cuba check sekeliling kita. Saya yakin kadang-kadang kita pun selalu tertukar antara Melayu dengan bukan melayu. Pakaian orang melayu kita dah mengalahkan minah salleh. Usah cakap lah pasal perkara lain. Orang kata, Melayu ni terkenal dengan adab sopan ketimurannya, tapi sopankah Melayu kita sekarang? Ingatlah, kaum boleh berubah. Bukan pada luaran, tapi pada jiwa dan semangat. Sedangkan Cina Baba Nyonya pun boleh pakai kebaya, cakap melayu fasih, begitu jugalah dengan kaum melayu. Sebab itu, saya tak berapa gemar dengan formula politik berasaskan kaum ni seperti mana yang diamalkan UMNO. Pada saya, UMNO masih boleh jadi relevan, tapi dengan beberapa pengubahsuaian yang akan kita bincangkan kemudian.
Yang keduanya, kita perlu sedar kenapa kita perlu bersatu. Iya, nampak remeh tapi tak semua yang benar-benar "sedar". Ada yang sedar bahawa melayu memang perlu dijaga sebab kita tak mahu kehilangan hak-hak istimewa kita sebagai orang melayu. Tak ada siapa yang suka merempat di bumi sendiri dan saya bersetuju dengan hal tersebut. Tapi mungkin juga ada di kalangan mereka yang sedar betapa pentingnya menjaga melayu sebab risaukan periuk nasi mereka. Tanpa kita tahu apa pentingnya kita bersatu, maka sukar untuk kita bersatu.
Untuk menjawab persoalan ini, saya sememangnya bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh PAS. Ini pilihan saya (saya menyebut parti PAS kerana adanya black-and-white tentang pendekatan PAS, dan saya tidak mahu menuduh parti lain sebagai tidak mengambil pendekatan sebegini). Saya bersetuju bahawa Melayu hanya boleh disatukan atas dasar Islam. Bersatu sebagai orang Islam. Sebagai satu ummah. Jangan bersatu atas dasar kaum melayu. Apa yang ada pada title "Melayu"? Saya sebagai orang Melayu sendiri pun tak tahu. Sebab itu kita kena bersatu atas dasar Islam. Dan melayu sendiri pun memang berkait rapat dengan Islam. Ada tertulis dalam perlembagaan lagi. Bilamana kita bersatu atas dasar Islam, kita ada perjuangan yang benar. Kita menjaga melayu, kerana kita mahu menjaga Islam. Sebab rata-rata orang Islam di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu. Sebab itu penting untuk kita jaga melayu, supaya orang melayu Islam kita dapat menjaga kesucian dan kehormatan Islam. Itu basis dan rasional menjaga melayu. Bukan atas dasar kaum, bukan atas dasar hak keistimewaan, bukan atas dasar ketuanan, tapi atas dasar Islam. Sepertimana Rasulallah s.a.w. menyatukan kabilah-kabilah Arab atas dasar Islam, dan bukannya atas dasar semangat nasionalisme Arab.
Sekarang, formulanya dah ada. Cuma menunggu pada pelaksanaan. Sebab itulah kita perlukan sokongan daripada semua pihak. Kalau betul nak menjaga melayu, PAS, UMNO dan PKR kena duduk semeja, berbincang dan bersatu. Kita semua pun sedar, undi Melayu pecah kepada tiga parti, tak seperti kaum-kaum lain. Atas dasar itulah, ketiga-tiga parti ini kena bersatu. Ketepikan dahulu perbezaan ideologi politik sebab kita semua punya misi yang sama, untuk menjaga kesucian dan kehormatan Islam. Jangan berdendam. Jangan kebudak-budakan. Dan jangan pentingkan diri. Fikirlah pada kemaslahatan ummah. Jangan disebabkan perpecahan kita, orang lain ambil kesempatan.
Bukan payah mana pun nak mematahkan sebatang lidi. Renungkanlah.
Kredit kepada Presiden PAS dan Roslan Shahir b Dato' Mohd Shahir.
Jangan terlalu taksub. Itu pesan saya. Taksub pada apa? Pada parti politik. Tak kisahlah anda mengundi kerajaan ke, mengundi pembangkang ke, janganlah terlalu taksub. Saya faham dengan belia-belia sekarang. Sebab saya pun belia, jadi saya faham apa yang mereka rasa. Tapi, ingatlah, jangan kita terlalu taksub.
Bila kita terlalu taksub, pemikiran kita akan jadi kurang rasional. Kita akan lebih cenderung untuk bersikap bias pada parti yang kita sokong.
"aku punye je betul....ko nyer salah"
"hish, takkan la parti aku ni wat cenggitu....tak mungkin tak
mungkin..."
"kalau parti tu, mesti amik duit rakyat nye lah"
"pemimpin parti aku cakap A, ko jangan ngengade cakap B plak"
"aku takkan silap punye..........."
Hm. Jangan jadi macam ni.
Contohilah seperti Saidina Ali k.w. bila ditanya oleh seorang sahabat ketika konflik antara Ali dan Muawiyah, tentang siapakah yang harus dia sokong, Ali ataupun Muawiyah. Saidina Ali adalah sahabat, sepupu dan juga menantu Rasulallah s.a.w, dan Muawiyah juga adalah sahabat Rasulallah s.a.w. maka dia berbelah bahagi tentang siapakah yang harus disokong. Kata Saidina Ali, kenalilah kebenaran itu terlebih dahulu, maka kamu akan tahu siapa yang benar.
Wallahua’lam.
Sebab tulah kita
tak boleh terlalu taksub pada seseorang atau sesuatu. Kebenaran harus
disandarkan kepada Quran dan Sunnah, dah bukannya kepada si fulan bin si fulan
ataupun parti A atau B.
Hanya Satu sahaja
yang layak kita taksub tanpa batasan. Tanpa perlu dikurangkan walau sedikit
pun. Tiada yang lain melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Taksublah kepada
Allah Yang Maha Esa.
Em, apa agaknya? Entahlah, macam sama je dengan sebelum ni. Aduhai. Tak tahu lah saya nak bagi komen. Apa yang pasti, Kelantan sudah tidak sepopular dulu. Iyelah, kalau sebelum ni, setiap hari kalau tak ada cerita pasal Kelantan dalam media memang tak sah, iye dak? Sekarang ni, muka budak2 Akademi Fantasia je lah kot yang famous <laugh>.
Okay, saya pasti semua orang pun dah tahu keputusan pilihan raya di Kelantan. Alhamdulillah, segalanya masih seperti dulu ;) Saya tak ingin komen banyak tentang asbab dan musabab kenapa BN boleh kalah teruk haritu di Kelantan. Mungkin ramai yang dah tahu, memang anak-anak muda yang banyak mengundi PAS tempoh hari di Kelantan. Bagi saluran-saluran yang lain, peratusan pengundi BN dan PAS tak banyak beza. Itu yang saya dimaklumkan lah. Wallahu'alam.
Ada yang kata ini undi protes. Rakyat bukan tak sayangkan BN, tapi cuma nak "cubit" sikit je bagi sedar. Sebab itu mereka protes dengan mengunti parti selain BN. Boleh jadi juga.
Ada juga yang kata sememangnya rakyat bencikan BN, sebab itulah mereka mengundi parti selain BN. Boleh jadi juga.
Ada jugak yang kata, ini semua gara-gara undi anak muda yang emosi dengan kerajaan pusat sekarang. Kerana itu mereka mengundi Pakatan Rakyat. Boleh jadi juga.
Ada yang kata memang rakyat sukakan PAS, dengan kepimpinan ulama'nya, dan mereka menyuarakannya dengan terus mengundi PAS. Boleh jadi juga.
Apa juga sebab sekalipun, keputusan PRU-12 dah lama kita tahu. PAS di Kelantan semakin mendominasi. Dan BN pula semakin tersepit. Kalau ditengok pada ratio kerajaan dan pembangkang semasa perbahasan DUN Kelantan, pun dah banyak sangat beza, tak seperti sebelum ni. Tapi mujurlah, wakil-wakil BN tetap ada. Pada saya, perlu juga ada pembangkang dalam sesebuah kerajaan. Supaya nanti ada check and balance. PAS memperjuangkan Islam, tetapi kita harus ingat yang wakil-wakil rakyat PAS ini juga manusia. Islam pasti dan pasti sempurna dan indah. Tetapi, wakil rakyat PAS tidak sempurna. Mereka punyai potensi untuk melakukan kesilapan, seperti mana juga orang lain. Sebab itulah, pembangkang perlu ada untuk menegur.
Alhamdulillah, kali ini saya amat suka dengan ketua pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Amat. Pada saya, beliau nampak lebih berketerampilan dan rasional berbanding KP yang sebelumnya. Harap-harap, mereka semua melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan. InsyaAllah.